Tuesday, 31 December 2013
Sambutan Tahun Baru
Saya ulangi pandangan saya bahawa sebenarnya tiada sebarang keperluan untuk diadakan perayaan Sambutan Tahun Baru 2014.
Saturday, 24 August 2013
Wahai Isteri
Nasihat
buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita
pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil rah tidak kurang dari 200 tampal.
Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.
Senyuman isteri di kala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat dari masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu inginkan. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu inginkan sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita. Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi Muhammad SAW.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang di belakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira, supaya suami boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu insyaAllah. - Ebit Lew

Sunday, 28 July 2013
Erti CINTA?
Dengan siapa?
Bagaimana rasanya?
Boleh ke?
Semua soalan ini berlegar-legar di benak fikiran setiap insan terutamanya golongan remaja. Cinta itu sesuatu yang suci dan ianya pemberian dari yang Maha Esa. Allah s.w.t telah mencampakkan rasa cinta kepada setiap makhluknya termasuk haiwan. Cuma mereka tidak mempunyai akal untuk merasai cinta. Bersyukurlah kerana dapat merasa nikmat yang tidak terhingga ini!
Sering kali kita mendengar pepatah ‘cintakan bunga kan layu, cintakan manusia kan mati, cintakan Allah kekal selamanya’. Daripada pepatah ini kita dapat memahami maksudnya dengan mudah. Sedalam mana pun cinta kita pada sesuatu yang dicipta tidak akan kekal melainkan kita melabuhkan cinta pada yang mencipta iaitu Allah s.w.t.
Tetapi lihat realitinya pada zaman siber ini, cinta telah disalah erti sama ada yang muda mahupun tua. Golongan muda sibuk memberikan cintanya pada perkara-perkara yang boleh membawa ke kancah maksiat seperti hiburan dan kekasih hati. Manakala golongan tua pula sibuk mengumpulkan hartanya yang tercinta setinggi Gunung Everest dan seluas Lautan Pasifik. Nauzubillah.
Jika kita lihat filem Ketika Cinta Bertasbih, Ayatul Husna melahirkan pandangannya mengenai rasa cinta melalui sebuah puisi pendek tetapi penuh bermakna. Beliau menyatakan bahawa cinta dapat mengubah sesuatu yang negatif kepada positif seperti sedih kepada gembira, sengsara kepada bahagia, kedekut menjadi dermawan dan sakit kepada sihat. Itu lah kuasa cinta!Sesiapa yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh pasti hanyut di dalam lautan cinta. Jadi kita perlu berusaha untuk membina benteng-benteng pertahanan supaya tidak karam bersama cinta yang bukan pada haknya.
Pertama sekali kita perlu menanam rasa cinta kepada Allah s.w.t lebih dari segala-galanya. Selain itu, perbanyakkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan keimanan kita seperti melakukan ibadat sunat yang berterusan disamping ibadat yang utama. Ini kerana dengan iman sahaja benteng pertahanan menjadi kukuh, tidak gentar dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan nafsu.
Cinta yang berlandaskan nafsu akan membawa kesengsaraan. Dapat kita lihat situasi ini pada cinta remaja zaman teknologi yang berlatarbelakangkan nasfu, dimana pengakhirannya pahit dan sengsara. Walaupun ada segelintir cinta seperti ini membawa ke jinjang pelamin, namun perjalanannya penuh dengan perkara-perkara yang membawa kemurkaan Allah s.w.t dan tidak diredhai.
Alasan yang biasa kita dengar mengapa bercinta adalah ikut kawan, saja suka-suka dan ada juga yang bercinta kerana dicabar. Inilah masalah remaja yang kita hadapi sekarang. Jiwa mereka kosong, tidak diisi dengan ilmu-ilmu agama. Adakah cinta ini yang kita pilih? Tepuk dada tanya iman.
Wanita sinonim dengan cinta, ini kerana wanita mudah jatuh cinta. Wanita dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal, manakla lelaki pula dikurniakan sembilan akal satu nafsu. Tidak hairanlah kenapa wanita mudah jatuh cinta bukan sahaja kepada manusia malah pada semua yang terdapat di alam ini. Wanita juga sering menjadi mangsa cinta, walaupun terdapat sebahagian kaum lelaki yang menjadi mangsa tetapi peratusnya sedikit. Oleh yang demikian, berhati-hatilah.
Peliharalah cinta supaya tidak dinodai. Simpanlah ia ditempat paling selamat agar dapat diberi pada yang berhak. Semoga kita dapat meraih cintaNYA yang penuh dengan kebahagiaan dan memperoleh cinta insan yang mencintaiNYA dari segala-galanya. Hiasilah cinta anda dengan sulaman kemanisan iman.
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara hanya sementara
Cinta sesama insan suburkanlah dengan ketakwaan
Subscribe to:
Posts (Atom)