Saya ulangi pandangan saya bahawa sebenarnya tiada sebarang keperluan untuk diadakan perayaan Sambutan Tahun Baru 2014.
Kalau dikatakan sebabnya adalah keperluan masyarakat majmuk, siapakah
di kalangan mereka yang biasanya memenuhi semua lokasi pesta seumpama
ini?
Pergaulan bebas di luar
batasan ketimuran, apatah lagi keIslaman adalah fenomena. Pegawai dan
petugas Jabatan Agama sebahagiannya mungkin akan dikerah untuk bekerja
lebih kuat untuk mencegah kegiatan-kegiatan maksiat dilakukan di sana
sini.
Sebagai pengamal perubatan pula, kami juga berpengalaman
menerima habuan daripada pesta-pesta seumpama ini biasanya selepas 9
bulan yang akan datang. Itupun kalau tidak didahulukan dengan
pengguguran janin yang telah meningkat sehingga 96,000 kes setahun
(anggaran 2008).
Kalau dibicara mengenai pembaziran harta
negara tentunya relevan terutamanya di saat getir orang ramai akibat
kenaikan kos sara hidup yang terkini.
Bukankah lebih elok
sekiranya kita menggunakan dana yang 'berlebihan' ini untuk
mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur membuat persiapan anak-anak mereka
yang akan ke sekolah?
Keputusannya adalah terpulang kepada
pihak berwajib, penaja, penganjur dan anak-anak muda kita kerana saya
sebagai rakyat marhaen hanya memperingatkan sahaja.
Saya
sekadar ingin mengajak kita semua agar menilai kembali harga diri,
keutuhan intstitusi kekeluargaan, sistem kemasyarakatan dan kenegaraan
kita yang kelihatan semakin cair.
No comments:
Post a Comment