Tuesday 31 December 2013

Hentikan menyambut Tahun Baru Masihi ala Barat!

Ditulis oleh: Ustaz Abu Haseef 

 
Pengalaman penulis dalam menyediakan kertas-kertas fatwa seperti Valentine’s Day, Yoga, tarian klasik India, Candlelight Vigil dan lain-lain, semuanya diharamkan atas alasan yang sama iaitu ‘tasyabbuh’ atau ‘penyerupaan’ dengan agama lain. Tetapi penulis hairan mengapa dari dahulu hingga kini, satu ‘perayaan ini’ masih wujud dan diteruskan saban tahun malah diusahakan untuk menjadikannya lebih meriah lagi dan lagi…Perayaan itu adalah sambutan Tahun Baru Masihi @ Miladi.

Hakikatnya para ulama sejak dahulu lagi telah memberi amaran tentang perbuatan meniru gaya orang kafir menyambut Tahun Baru Masihi.

Antaranya Imam al-Suyyuti (wafat 911H) dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ di bawah tajuk ‘Bid’ah sambutan Tahun Baru Masihi’ – berkata:

“Apa yang dilakukan oleh ramai orang pada musim sejuk, dan mendakwa ia adalah hari kelahiran Nabi Isa, maka apa yang dibuat pada malam-malam ini daripada perkara-perkara mungkar seperti menghidupkan api, menyediakan makanan, pembelian lilin dan selainnya, maka sesungguhnya mengambil hari-hari kelahiran ini sebagai perayaan, ia adalah agama Nasrani @ Kristian, perkara tersebut tiada asas dalam agama Islam, sambutan hari lahir ini tidak pernah disebut pada zaman salaf terdahulu, bahkan asalnya diambil daripada agama Nasrani @ Kristian, di tambah pula dengan sebab semulajadi, iaitu pada musim sejuk, maka bersempena itu dinyalakan api”.

Para ulama menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah taqlid buta kepada budaya Barat. Keterlaluan dalam menyambutnya melunturkan jati diri umat Islam.

Dr. Jamal Abdul Hadi mengatakan bahawa syara’ tidak mengharuskan sambutan kelahiran Sayyid al-Masih (beliau adalah nabi daripada nabi-nabi Allah SWT) dengan arak dan perbuatan maksiat.

Dr. Abdul Fattah ‘Asyur mengatakan mengikut orang lain dalam perayaan-perayaan mereka yang membawa umat Islam kepada perbuatan-perbuatan seumpama mereka adalah dilarang Islam.

Dr.Yusof al-Qaradawi terlebih dahulu telah mengkritik persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dan negara Islam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Masihi yang membawa kepada kelunturan identiti dan jati diri umat Islam sambil menyifatkan bahawa perbuatan menyambutnya adalah haram di sisi syara’.

Dr. Abdul Aziz al-Tuwaijiri menegaskan bahawa sambutan Tahun Baru Masihi adalah benda baru yang direka-reka (bid’ah) di dalam agama Kristian dan di sesetengah negara Islam mereka menjadikan kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai cuti umum, di tambah pula dengan perkara-perkara mungkar yang mengiringi perayaan ini yang menyalahi syariat Allah dan kesemua agama samawi. Perkara-perkara bid’ah tidak diakui oleh Islam, ia adalah ikutan kepada Barat, dan ikutan kepada mereka adalah lambang restu kepada mereka yang telahpun diberi amaran oleh Allah SWT.

Dr. Abdul Fattah ‘Asyur juga mengatakan sambutan yang dikenali dengan Tahun Baru Masihi di dalam negara-negara Islam adalah ikutan membuta tuli kepada negara-negara Barat yang menjadikan tarikh miladi sebagai asas bagi kehidupan seharian mereka dalam pergaulan, perayaan, sistem kerja dan lain-lain. Beliau menambah: Kita semua mengetahui bahawa antara petunjuk Nabi SAW, sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia di kalangan mereka. Ini kerana menyerupakan sambutan-sambutan umat Islam dengan perayaan-perayaan ini, membawa mereka kepada satu bentuk perbuatan yang menyalahi apa yang dibawa oleh Islam, yang mana kita melihat dalam perayaan-perayaan ini bar-bar arak, tari-menari dan banyak lagi penyelewengan-penyelewengan akhlak yang segan untuk disebut dengan lidah, semuanya itu berpunca daripada taklid buta terhadap kaum yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Kesimpulannya, jangan Tahun Baru Masihi itu disambut bak perayaan orang kafir dan orang Barat. Di mana perginya Islamic world-view kita sebagai negara Islam? Namun jika Tahun Baru Masihi disambut hanya sebagai muhasabah kepada setahun yang telah berlalu dan menanam azam bagi tahun yang mendatang, tanpa konsert, tanpa perayaan, tanpa bunga api, tanpa maksiat dan lain-lain yang melalaikan dan membazirkan wang ringgit, ia tidaklah mengapa dan diharuskan. Wallahu a’lam.

Sambutan Tahun Baru

Dr. Zainur Rashid Zainuddin 
 
Saya ulangi pandangan saya bahawa sebenarnya tiada sebarang keperluan untuk diadakan perayaan Sambutan Tahun Baru 2014.
Kalau dikatakan sebabnya adalah keperluan masyarakat majmuk, siapakah di kalangan mereka yang biasanya memenuhi semua lokasi pesta seumpama ini?

Pergaulan bebas di luar batasan ketimuran, apatah lagi keIslaman adalah fenomena. Pegawai dan petugas Jabatan Agama sebahagiannya mungkin akan dikerah untuk bekerja lebih kuat untuk mencegah kegiatan-kegiatan maksiat dilakukan di sana sini.

Sebagai pengamal perubatan pula, kami juga berpengalaman menerima habuan daripada pesta-pesta seumpama ini biasanya selepas 9 bulan yang akan datang. Itupun kalau tidak didahulukan dengan pengguguran janin yang telah meningkat sehingga 96,000 kes setahun (anggaran 2008).

Kalau dibicara mengenai pembaziran harta negara tentunya relevan terutamanya di saat getir orang ramai akibat kenaikan kos sara hidup yang terkini.

Bukankah lebih elok sekiranya kita menggunakan dana yang 'berlebihan' ini untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur membuat persiapan anak-anak mereka yang akan ke sekolah?

Keputusannya adalah terpulang kepada pihak berwajib, penaja, penganjur dan anak-anak muda kita kerana saya sebagai rakyat marhaen hanya memperingatkan sahaja.

Saya sekadar ingin mengajak kita semua agar menilai kembali harga diri, keutuhan intstitusi kekeluargaan, sistem kemasyarakatan dan kenegaraan kita yang kelihatan semakin cair.

Saturday 24 August 2013

Wahai Isteri

Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil rah tidak kurang dari 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.

Senyuman isteri di kala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.

Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat dari masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.

Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu inginkan. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu inginkan sehingga mengabaikan agama.

Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita. Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi Muhammad SAW.

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang di belakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.

Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira, supaya suami boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu insyaAllah. - Ebit Lew

Sunday 28 July 2013

Erti CINTA?

gugur bunga 300x225 Makna Cinta

Apa itu cinta?
Dengan siapa?
Bagaimana rasanya?
Boleh ke?
Semua soalan ini berlegar-legar di benak fikiran setiap insan terutamanya golongan remaja. Cinta itu sesuatu yang suci dan ianya pemberian dari yang Maha Esa. Allah s.w.t telah mencampakkan rasa cinta kepada setiap makhluknya termasuk haiwan. Cuma mereka tidak mempunyai akal untuk merasai cinta. Bersyukurlah kerana dapat merasa nikmat yang tidak terhingga ini!

Sering kali kita mendengar pepatah ‘cintakan bunga kan layu, cintakan manusia kan mati, cintakan Allah kekal selamanya’. Daripada pepatah ini kita dapat memahami maksudnya dengan mudah. Sedalam mana pun cinta kita pada sesuatu yang dicipta tidak akan kekal melainkan kita melabuhkan cinta pada yang mencipta iaitu Allah s.w.t.

Tetapi lihat realitinya  pada zaman siber ini, cinta telah disalah erti sama ada yang muda mahupun tua. Golongan muda sibuk memberikan cintanya pada perkara-perkara yang boleh membawa ke kancah maksiat seperti hiburan dan kekasih hati. Manakala golongan tua pula sibuk mengumpulkan hartanya yang tercinta setinggi Gunung Everest dan seluas Lautan Pasifik. Nauzubillah.

Jika kita lihat filem Ketika Cinta Bertasbih, Ayatul Husna melahirkan pandangannya mengenai rasa cinta melalui sebuah puisi pendek tetapi penuh bermakna. Beliau menyatakan bahawa cinta dapat mengubah sesuatu yang negatif kepada positif seperti sedih kepada gembira, sengsara kepada bahagia, kedekut menjadi dermawan dan sakit kepada sihat. Itu lah kuasa cinta!Sesiapa yang tidak mempunyai pegangan yang kukuh pasti hanyut di dalam lautan cinta. Jadi kita perlu berusaha untuk  membina benteng-benteng pertahanan supaya tidak karam bersama cinta yang bukan pada haknya.

Pertama sekali kita perlu menanam rasa cinta kepada Allah s.w.t lebih dari segala-galanya. Selain itu, perbanyakkan perkara-perkara yang boleh meningkatkan keimanan kita seperti melakukan ibadat sunat yang berterusan disamping ibadat yang utama. Ini kerana dengan iman sahaja benteng pertahanan menjadi kukuh, tidak gentar dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan nafsu.

Cinta yang berlandaskan nafsu akan membawa kesengsaraan. Dapat kita lihat situasi ini pada cinta remaja zaman teknologi yang berlatarbelakangkan nasfu, dimana pengakhirannya pahit dan sengsara. Walaupun ada segelintir cinta seperti ini membawa ke jinjang pelamin, namun perjalanannya penuh dengan perkara-perkara yang membawa kemurkaan Allah s.w.t dan tidak diredhai.

Alasan yang biasa kita dengar mengapa bercinta adalah ikut kawan, saja suka-suka dan ada juga yang bercinta kerana dicabar. Inilah masalah remaja yang kita hadapi sekarang. Jiwa mereka kosong, tidak diisi dengan ilmu-ilmu agama. Adakah cinta ini yang kita pilih? Tepuk dada tanya iman.

Wanita sinonim dengan cinta, ini kerana wanita mudah jatuh cinta. Wanita dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal, manakla lelaki pula dikurniakan sembilan akal satu nafsu. Tidak hairanlah kenapa wanita mudah jatuh cinta bukan sahaja kepada manusia malah pada semua yang terdapat di alam ini. Wanita juga sering menjadi mangsa cinta, walaupun terdapat sebahagian kaum lelaki yang menjadi mangsa tetapi peratusnya sedikit. Oleh yang demikian, berhati-hatilah.

Peliharalah cinta supaya tidak dinodai. Simpanlah ia ditempat paling selamat agar dapat diberi pada yang berhak. Semoga kita dapat meraih cintaNYA yang penuh dengan kebahagiaan dan memperoleh cinta insan yang mencintaiNYA dari segala-galanya. Hiasilah cinta anda dengan sulaman kemanisan iman.


Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
 Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara hanya sementara
Cinta sesama insan suburkanlah dengan ketakwaan

Tuesday 16 July 2013

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dipetik dari sebuah Blog.



Dikeluarkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.


Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

·Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh.

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: {Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.} (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: {Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.} (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Di antara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) untu fadhilat dan kelebihan solat terawih ini dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:

1-Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2-Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.

3-Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4-Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.


Bercerita Tentang JODOH

Kisah ini dipetik dari sebuah blog.

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.

“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.

“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.

“Habis mengapa putus?”

“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”

Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah
“Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?” kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

“Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta.”

“Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?”

“Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa.”

“Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?”

“Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya.”

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, “Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga.”

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.

“Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi…”

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. Tanpa saya pinta dia menyambung, “Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua.”


Cantik Itu Relatif dan Subjektif
“Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er… er… kita masih manusia bukan?” saya menduga hatinya.
Dia ketawa tiba-tiba.

“Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya.”

“Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?”

“Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?”
“Bukan yang cantik?” jolok saya lagi.

“Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,” balasnya dengan yakin.
“Maksud abang?”

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.

“Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual.”

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, “Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami.”

“Oh, betul juga tu!” kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, “Sedap di mata tetapi sakit di hati…”

Wasilah Memilih Jodoh
“Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?” ujar saya dengan soalan nakal.

“Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja.”

“Maksudnya yang dulu lebih cantik?”

“Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?”

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

“Apa kaitannya dengan hati?” layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
“Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!”

‘Ah, tentu dia bahagia kini!’ bisik hati saya sendiri.

“Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?”

“Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
“Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik.”

“Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik.”

“Itu susah bang. Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum.”

Abang tersenyum lantas berkata, “Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?”

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
“Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!”

Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
“Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?”

“Kerana mereka bukan orang baik,” jawabnya pendek.
“Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?”
“Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.”

“Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?”

“Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?”

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
“Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.”

“Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?” tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

“Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!”

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

“Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.”

“Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?”

“Eh, abang bukan pakar hikmah! Tetapi mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi.”

“Hikmah untuk kita?”

“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah.”

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak “abang bayangan” saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: “Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Wednesday 29 May 2013

Amalan-Amalan adalah dengan Penyudahnya



Telah diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari, daripada Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang telah bersabda:

“Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah dengan penyudahan”

Barangsiapa yang telah dituliskan baginya dengan iman dan taat pada akhir umumnya, kadang-kadang ia kufur terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala dan ingkar kepadaNya pada sesuatu waktu kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakannya taufiq untuk beriman dan mentaatiNya dalam sesuatu waktu tempoh dari tempoh kehidupannya sebelum berakhir umurnya, lalu ia mati dalam keadaan sedemikian dan memasuki syurga. 

Sebaliknya, barangsiapa yang telah dituliskan baginya kekufuran dan kefasiqan di akhir umurnya, kadang-kadang pada seseuatu waktu atau tempoh di dalam kehidupannya ia mentaati Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala membiarkan usahanya, amalannya dan kehendaknya, kemudian ia mengucap kalimah kufur dan mengerjakan amalan-amalan ahli neraka serta mati dalam keadaan sedemikian. Justeru, ia pun memasuki neraka.

Oleh yang demikian, janganlah terpedaya dengan zahir keadaan seseorang insan itu kerana sesungguhnya pengajaran diambil pada penyudah amalan-amalannya dan janganlah juga berputus asa dengan keadaan zahir seseorang insan, justeru pengajaran diambil pada penyudah amalan-amalan (di akhir-akhir umurnya). Oleh itu, kita pohon dari Allah Subhanahu wa Ta’ala agar mengukuhkan dan menetapkan kita di atas hak dan kebaikan penyudah yang baik.

Tuesday 14 May 2013

15 Tips Untuk Menghafal Al Quran



Dipetik dari sebuah blog.

Sesuatu yang paling berhak dihafal adalah Al Qur’an, kerana Al Qur’an adalah Firman Allah, pedoman hidup untuk seluruh umat Islam, sumber dari segala sumber hukum, dan bacaan yang paling sering diulang-ulang oleh manusia. Oleh kerananya, seorang penuntut ilmu hendaknya meletakan hafalan Al Qur’an sebagai perkara utamanya. Berkata Imam Nawawi : “ Hal Pertama (yang harus diperhatikan oleh seorang penuntut ilmu) adalah menghafal Al Quran, kerana dia adalah ilmu yang terpenting, bahkan para ulama salaf tidak akan mengajarkan hadits dan fiqh kecuali bagi siapa yang telah hafal Al Quran. Kalau sudah hafal Al Quran jangan sekali- kali menyibukkan diri dengan hadits dan fiqh atau perkara lainnya, kerana akan menyebabkan hilangnya sebahagian atau bahkan seluruh hafalan Al Quran. “ (Imam Nawawi, Al Majmu’,(Beirut, Dar Al Fikri, 1996) Cet. Pertama, Juz : I, hal : 66))

Di bawah ini beberapa langkah efektif untuk menghafal Al Qur’an yang disebutkan para ulama, insya ALLAH, di antaranya adalah sebagai berikut :

Langkah Pertama : Pertama kali seseorang yang ingin menghafal Al Quran hendaklah mengikhlaskan niatnya hanya kerana Allah saja. Dengan niat ikhlas, maka Allah akan membantu anda dan menjauhkan anda dari rasa malas dan bosan. Suatu pekerjaan yang diniatkan ikhlas, biasanya akan terus dan tidak berhenti. Berbeza kalau niatnya hanya untuk lulus dalam ujian atau hanya ingin ikut perlumbaan, atau kerana yang lain.

Langkah Kedua : Selepas itu, ia melakukan Solat Hajat dengan memohon kepada Allah agar dipermudahkan di dalam menghafal Al Qur’an. Waktu solat hajat ini tidak ditentukan dan doanya pun bergantung kepada masing-masing. Hal ini sebagaimana yang diriwayat Hudzaifah ra, yang berkata :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا حزبه أمر صلى
“ Bahawasanya Rasulullah SAW jika ditimpa suatu masalah baginda langsung mengerjakan solat. “

Langkah Ketiga : Memperbanyak doa untuk menghafal Al Quran.
Doa ini memang tidak terdapat dalam hadits, akan tetapi seorang muslim boleh berdoa menurut kemampuan dan bahasanya masing-masing. Mungkin anda boleh berdoa seperti ini:
“Ya Allah berikanlah kepadaku taufik agar dapat menghafal Al Quran, dan berikanlah aku kekuatan untuk terus membacanya siang dan malam sesuai dengan redha dan tuntutan-Mu , Yang Maha Pengasih “.

Langkah Keempat : Menetapkan salah satu cara atau jalan untuk menghafal Al Quran. Sebenarnya terdapat banyak cara  yang boleh digunakan untuk menghafal Al Quran, bergantung  kepada diri masing-masing untuk menggunakan cara yang sesuai dengan dirinya. Di sini hanya akan disebutkan dua cara yang sering dipakai oleh sebahagian penghafal, dan terbukti sangat efektif :

Cara Pertama : Menghafal per satu halaman ( menggunakan Mushaf Madinah ). Iaitu kita membaca satu lembar yang ingin kita hafal sebanyak tiga atau lima kali secara betul, setelah itu barulah kita mulai menghafalnya. Setelah hafal satu lembar, baru kita pindah kepada lembaran berikutnya dengan cara yang sama. Dan jangan sampai pindah ke halaman berikutnya kecuali telah mengulangi halaman- halaman yang sudah kita hafal sebelumnya. Sebagai contoh : jika kita sudah menghafal satu lembar kemudian kita lanjutkan pada lembar ke-dua, maka sebelum menghafal halaman ke-tiga, kita harus mengulangi dua halaman sebelumnya. Kemudian sebelum menghafal halaman ke-empat, kita harus mengulangi tiga halaman yang sudah kita hafal. Kemudian sebelum meghafal halaman ke-lima, kita harus mengulangi empat halaman yang sudah kita hafal. Jadi, tiap hari kita mengulangi lima halaman : satu yang baru, empat yang lama. Jika kita ingin menghafal halaman ke-enam, maka kita harus mengulangi dulu empat halaman sebelumnya, yaitu halaman dua, tiga, empat dan lima. Untuk halaman satu kita tinggalkan dahulu, kerana halaman satu sudah terulangi sebanyak lima kali. Jika kita ingin menghafal halaman ke-tujuh, maka kita harus mengulangi dulu empat halaman sebelumnya, yaitu halaman tiga, empat, lima, dan enam. Untuk halaman satu dan dua kita tinggalkan dahulu, kerana kita sudah mengulanginya lima kali, dan begitulah seterusnya.
Perlu diperhatikan juga, setiap kali kita menghafal satu halaman sebaiknya ditambah satu ayat di halaman berikutnya, agar kita boleh menyambungkan hafalan antara satu halaman dengan halaman berikutnya.

Cara Kedua : Menghafal per- ayat , yaitu membaca satu ayat yang ingin kita hafal tiga atau lima kali secara betul, setelah itu, barulah kita mula menghafal ayat tersebut. Setelah selesai, kita pindah ke ayat berikutnya dengan cara yang sama, dan begitu seterusnya sehingga satu halaman. Akan tetapi sebelum pindah ke ayat berikutnya kita harus mengulangi apa yang sudah kita hafal dari ayat sebelumnya. Setelah satu halaman, maka kita mengulanginya sebagaimana yang telah diterangkan pada cara yang pertama.
Untuk memudahkan hafalan, kita juga boleh membahagi Al Quran menjadi tujuh hizb (bahagian) :
  1. Surat Al Baqarah sampai Surat An Nisa’
  2. Surat Al Maidah sampai Surat At Taubah
  3. Surat Yunus sampai Surat An Nahl
  4. Surat Al Isra’ sampai Al Furqan
  5. Surat As Syuara’ sampai Surat Yasin
  6. Surat As Shoffat sampai Surat Al Hujurat
  7. Surat Qaf sampai Surat An Nas
Boleh juga dimulai dari bahagian terakhir iaitu bermula dari Surat Qaf sampai Surat An Nas, kemudian masuk pada bahagian ke-enam dan seterusnya.

Langkah Kelima : Memperbaiki Bacaan.
Sebelum kita mulai menghafal, hendaknya kita memperbaiki bacaan Al Quran agar sesuai dengan tajwid. Perbaikan bacaan meliputi beberapa perkara, di antaranya :
1) Memperbaiki Makhroj Huruf. Seperti huruf (dzal) jangan dibaca (zal), atau huruf (tsa) jangan dibaca (sa’) sebagaimana contoh di bawah ini :
ثم —— > سم / الذين —- > الزين
2) Memperbaiki Harakat Huruf .

Langkah Keenam : Untuk memastikan agar bacaan baik, hendaknya hafalan yang kita ada, kita perdengarkan kepada orang lain, agar orang tersebut dapat membantu kita memperbetulkankan jika bacaan kita salah. Hal ini kerana kebanyakan ketika kita menghafal sendirian, sering terjadi kesalahan dalam bacaan kita, kerana kita tidak pernah memperdengarkan hafalan kita kepada orang lain, sehingga kesalahan itu terus terbawa dalam hafalan kita, dan kita menghafalnya dengan bacaan tersebut bertahun-tahun lamanya tanpa mengetahui bahawa itu bacaan itu salah, sampai orang lain yang mendengarkannya akhirnya memberitahukan kesalahan tersebut. Orang lain yang dimaksudkan adalah seperti orang yang mahir dalam bacaan Al Quran.

Langkah Ketujuh : Faktor lain agar bacaan kita baik dan tidak salah, adalah memperbanyak untuk mendengar bacaan Al Quran murattal dari syekh yang hebat dalam bacaannya. Kalau boleh, tidak hanya sekadar mendengar sambil melakukan kerja lain, akan tetapi mendengar dengan serius dan secara teratur. Untuk diketahui, akhir-akhir ini – Alhamdulillah – banyak saluran televisyen yang menyiarkan secara langsung pelajaran Al Quran, malah kita boleh menghubungi guru Al Quran untuk memperdengarkan bacaan kita.

Langkah Kelapan : Untuk menguatkan lagi hafalan, hendaklah kita mengulangi halaman yang sudah kita hafal sekerap yang mungkin, jangan sampai kita sudah merasa hafal satu halaman, kemudian kita tinggalkan hafalan tersebut dalam tempoh yang lama, hal ini akan menyebabkan hilangnya hafalan tersebut. Diriwayatkan bahwa Imam Ibnu Abi Hatim, seorang ahli hadits yang hafalannya sangat terkenal dengan kuatnya hafalannya. Pada suatu ketika, beliau menghafal sebuah buku dan diulanginya berkali-kali, mungkin sampai tujuh puluh kali. Kebetulan dalam rumah itu ada nenek tua. Kerana nenek tua itu sering mendengar hafalan beliau yang sering mengulang-ulang hafalannya, sehinggakan nenek tersebut bosan mendengarnya, kemudian nenek tersebut memanggil Ibnu Abi Hatim dan bertanya kepadanya : Wahai anak, apa kah yang sedang engkau lakukan ? “ Saya sedang menghafal sebuah buku “ , jawabnya. Berkata nenek tersebut : “ tidak susah seperti itu, saya saja sudah hafal buku tersebut hanya dengan mendengar hafalanmu.” . “ Kalau begitu, saya ingin mendengar hafalanmu “ kata Ibnu Abi Hatim, lalu nenek tersebut mulai mengeluarkan hafalannya. Selepas kejadian itu berlalu setahun lamanya, Ibnu Abi Hatim datang kembali kepada nenek tersebut dan meminta agar nenek tersebut menngulangi hafalan yang sudah dihafalnya setahun yang lalu, ternyata nenek tersebut sudah tidak hafal sama sekali tentang buku tersebut, dan sebaliknya Ibnu Abi Hatim, tidak ada satupun hafalannya yang lupa. Cerita ini menunjukkan bahwa mengulang-ulang hafalan sangatlah penting. Jika hanya sekadar menghafal banyak orang lain juga boleh melakukannya dengan cepat, sebagaimana nenek tadi. Bahkan kita sering mendengar seseorang boleh menghafal Al Quran dalam hitungan minggu atau hitungan bulan, dan hal itu tidak terlalu sulit, akan tetapi yang sulit adalah menjaga hafalan dan mengulanginya secara berterusan.

Langkah Kesembilan : Faktor lain yang menguatkan hafalan adalah menggunakan seluruh panca indra yang kita miliki. Maksudnya kita menghafal bukan hanya dengan mata saja, akan tetapi diikuti dengan membacanya melalui mulut kita, dan kalau perlu kita lanjutkan dengan menulisnya ke dalam buku atau kertas. Ini sangat membantu hafalan seseorang. Cara menghafal Al Quran yang diterapkan di sebahagian daerah di Marokko adalah dengan menuliskan hafalannya di atas papan kecil yang dipegang oleh murid masing-masing, setelah mereka boleh menghafalnya di luar kepala, baru tulisan tersebut dicuci dengan air.

Langkah Kesepuluh : Menghafal kepada seorang guru.
Menghafal Al Quran kepada seorang guru yang mahir dalam Al Quran adalah sangat diperlukan agar seseorang boleh menghafal dengan baik dan betul. Rasulullah saw sendiri menghafal Al Quran dengan Jibril as, dan mengulanginya pada bulan Ramadlan sampai dua kali khatam.

Langkah Kesebelas : Menggunakan satu jenis mushaf Al Quran dan jangan sekali-kali pindah dari satu jenis mushaf kepada yang lainnya.Kerana mata kita akan ikut menghafal apa yang kita lihat. Jika kita melihat satu ayat lebih dari satu posisi, jelas itu akan menyebabkan hafalan kita kurang jelas. Masalah ini, sudah diimbau oleh salah seorang penyair dalam tulisannya :
العين تحفظ قبل الأذن ما تبصر فاختر لنفسك مصحف عمرك الباقي .
“ Mata akan menghafal apa yang dilihatnya- sebelum telinga- , maka pilihlah satu mushaf untuk anda selama hidupmu.”
Yang dimaksud jenis mushaf di sini adalah model penulisan mushaf.

Langkah Keduabelas : Pilihlah waktu yang tepat atau sesuai untuk menghafal, dan ini bergantung kepada diri sendiri. Akan tetapi dalam suatu hadist yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, disebutkan bahwasanya Rosulullah saw bersabda :
إن الدين يسر ، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه ، فسددوا وقاربوا و أبشروا ، واستعينوا بالغدوة والروحة وشئ من الدلجة
“ Sesungguhnya agama ini mudah, dan tidak ada yang mempersulit diri dalam agama ini kecuali dia akan capai sendiri, makanya amalkan agama ini dengan benar, pelan-pelan, dan berilah kabar gembira, serta gunakan waktu pagi, siang dan malam ( untuk mengerjakannya ) “ ( HR Bukhari )
Dalam hadist di atas disebutkan waktu pagi, siang dan malam, ertinya kita boleh menggunakan waktu-waktu tersebut untuk menghafal Al Quran. Sebagai contoh : di waktu pagi, selesai solat subuh sampai terbitnya matahari, kita boleh gunakan untuk menghafal Al Qur’n atau untuk mengulangi hafalan tersebut..

Langkah Ketigabelas : Salah satu waktu yang sangat tepat untuk melakukan pengulangan hafalan adalah waktu ketika sedang mengerjakan solat –solat sunnah, baik di masjid ataupun di rumah. Hal ini kerana waktu solat, seseorang sedang fokus menghadap Allah, dan fokus inilah yang membantu kita dalam mengulangi hafalan. Berbeza ketika di luar solat, seseorang cenderung untuk bosan berada dalam satu posisi, ia ingin selalu bergerak, kadang matanya melihat ke kanan atau kiri, atau kepalanya akan meleihat ketika ada sesuatu yang menarik, atau bahkan kawannya akan menghampirinya dan mengajaknya berbual . Berbeza kalau seseorang sedang solat, kawannya yang punya kepentingan kepadanya pun terpaksa menunggu selesainya solat dan tidak berani mendekatinya, dan begitu seterusnya.

Langkah Keempatbelas : Salah satu faktor yang membantu hafalan adalah memperhatikan ayat-ayat yang serupa (mutasyabih) . Biasanya seseorang yang tidak memperhatikan ayat-ayat yang serupa ( mutasyabih ), hafalannya akan tumpang bertindih antara satu dengan lainnya. Ayat yang ada di juz lima umpamanya akan terbawa ke juz sepuluh. Ayat yang mestinya ada di surat Surat Al-Maidah akan terbawa ke surat Al-Baqarah, dan begitulah seterusnya. Di bawah ini ada beberapa contoh ayat-ayat serupa ( mutasyabihah ) yang seseorang sering melakukan kesalahan ketika menghafalnya :
- ﴿ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ﴾ البقرة 173 < ———— > ﴿ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ) المائدة 3 ، والأنعام 145، و النحل 115
- ( ذلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّين بغير الحق ) البقرة : 61
( إن الذين يكفرون بآيات اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّين بغير حق ) آل عمران : 21
( ذلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأنبياء بغير حق ) آل عمرن : 112
Untuk melihat ayat –ayat mutasyabihat seperti ini secara lebih lengkap boleh lah merujuk buku – buku berikut :
  • Duurat At Tanzil wa Ghurrat At Ta’wil fi Bayan Al Ayat Al Mutasyabihat min Kitabillahi Al Aziz , karya Al Khatib Al Kafi.
  • Asrar At Tikrar fi Al Qur’an, karya : Mahmud bin Hamzah Al Kirmany.
  • Mutasyabihat Al Qur’an, Abul Husain bin Al Munady
  • ‘Aunu Ar Rahman fi Hifdhi Al Qur’an, karya Abu Dzar Al Qalamuni
Langkah Kelimabelas : Setelah hafal Al Quran, jangan sampai ditinggalkan begitu sahaja. Banyak dari teman-teman yang sudah menamatkan Al Quran di salah satu pondok, setelah keluar dan sibuk dengan pelajarannya yang lebih tinggi, atau setelah menikah atau sudah sibuk pada suatu pekerjaan, dia tidak lagi mempunyai program atau masa untuk menjaga hafalannya kembali, sehingga Al-Quran yang sudah dihafalnya beberapa tahun di pondok akhirnya hanya tinggal kenangan sahaja. Setelah ditinggalkan lama dan sibuk dengan urusannya, ia merasa berat untuk mengembalikan hafalannya lagi. Fenomena seperti sangat banyak terjadi dan hal itu sangat disayangkan sekali.
Yang paling penting dalam hal ini bukanlah menghafal, kerana banyak orang boleh menghafal Al Quran dalam waktu yang sangat singkat, akan tetapi yang paling penting adalah bagaimana kita menjaga hafalan tersebut agar tetap terus ada dalam dada kita. Di sinilah letak perbezaan antara orang yang benar-benar istiqamah dengan orang yang hanya rajin pada awalnya saja. Kerana, untuk menjaga hafalan Al Quran memerlukan keinginan yang kuat dan istiqamah yang tinggi. Dia harus meluangkan waktunya setiap hari untuk mengulangi hafalannya. Banyak cara untuk menjaga hafalan Al Quran, masing-masing tentunya memilih yang terbaik untuknya. Diantara cara untuk menjaga hafalan Al Quran adalah seeperti berikut :
  • Mengulangi hafalan mengikut waktu solat lima waktu. Seorang muslim tentunya tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, hal ini hendaknya dimanfaatkan untuk mengulangi hafalannya. Agar terasa lebih ringan, hendaknya setiap solat dibahagi menjadi dua bagian, sebelum solat dan sesudahnya. Sebelum sholat umpamanya : sebelum azan, dan waktu antara adzan dan iqamah. Apabila dia termasuk orang yang rajin ke masjid, sebaiknya pergi ke masjid sebelum azan agar waktu untuk mengulangi hafalannya lebih panjang. Kemudian setelah solat, iaitu setelah membaca zikir ba’da solat atau zikir pagi pada sholat. Seandainya saja, ia mampu mengulangi hafalannya sebelum solat sebanyak seperempat juz dan sesudah solat seperempat juz juga, maka dalam satu hari dia boleh mengulangi hafalannya sebanyak dua juz setengah. Kalau boleh istiqamah seperti ini, maka dia boleh mengkhatamkan hafalannya setiap dua belas hari, tanpa membuang waktunya sama sekali. Kalau dia boleh menyempurnakan setengah juz setiap hari pada solat malam atau solat-solat sunnah lainnya, bererti dia boleh menyelesaikan setiap harinya tiga juz, dan boleh mengkhatamkan Al Quran pada setiap sepuluh hari sekali. Banyak para ulama dahulu yang mengkhatamkan hafalannya setiap sepuluh hari sekali.
  • Ada sebahgian orang yang mengulangi hafalannya pada malam saja, iaitu ketika ia mengerjakan solat tahajud. Biasanya dia menghabiskan solat tahajudnya selama dua jam. Cuma kita tidak tahu, selama dua jam itu berapa juz yang ia dapatkan. Menurut ukuran umum, kalau hafalannya lancar, biasanya ia boleh menyelesaikan satu juz dalam waktu setengah jam. Bererti, selama dua jam dia boleh menyelesaikan dua sampai tiga juz dengan dikurangi waktu sujud dan rukuk.
  • Ada juga sebahagian teman yang mengulangi hafalannya dengan cara masuk dalam halaqah para penghafal Al Quran. Kalau halaqah tersebut berkumpul setiap tiga hari sekali, dan setiap peserta wajib memperdemgarkan hafalannya kepada temannya lima juz bererti masing-masing dari peserta mampu menghatamkan Al Quran setiap lima belas hari sekali. Inipun hanya boleh terlaksana jika masig-masing dari peserta mengulangi hafalannya sendiri-sendiri dahulu.